Selasa, 18 November 2008

kerinduan



sesudah exam terasa tenang amat,apatah lagi dapat pulang ke desa nan damai tapi muncul pula suatu kerisauan, keputusannya nanti.. terkenang keluarga yang jauh dimata, tak sabar hendak berjumpa kedua-dua yang tercinta, tidak pernah kulupai..

Khamis, 6 November 2008

determinism in life




apakah kita bebas mencorak masa depan sendiri?

atau,

semuanya telah ditakdirkan?

adakah kita mempunyai kebebasan?

kita semua akan merasai usia tua,
akan merasai saat sakratul maut menghampiri..

Rabu, 5 November 2008

Senyum Sokmo



kurangkan manis dalam pemakanan
tambahkan manis dalam senyuman.

Sabtu, 1 November 2008

peperangan bakal menjelma



gunalah petua "DUIT" untuk berjaya

D= Doa
U=Usaha
I-Ikhtiar
T=Tawakal kepadaNya

InsyaAllah anda mampu melakukannya.

Isnin, 27 Oktober 2008

tersekat

tatkala ini
jantungku berdegup kencang
terasa senak amat
tidak tertahan lagi kesakitannya
nafasku tidak tenteram.
apakah ini??

Khamis, 23 Oktober 2008

Pisang berbuah dua kali



kejadian ini benar-benar berlaku. pasti semua menafsir yang negatif, peristiwa yang sama berulang kembali, mungkin perkara yang tidak diingini. sekiranya boleh dihindari, mesti dihinari. jangan biarkan perkara yang buruk berulang.

Selasa, 21 Oktober 2008

kenalkah alat ini?



Alat ini pada masa dahulu menjadi alat untuk membuat pengemuman. tidak kira kematian, kejadian-kejadian tertentu dan majlis keraian.
sekiranya ingin tahu lebih mendalam tentang kegunaan alat ini, bolehlah kiranya saudara menonton cerita lagenda P.Ramlee.

cuba perhatikan betul-betul, apa yang terdapat pada badan alat itu??

Isnin, 20 Oktober 2008

kedamaian



terasa diri dingin sekali dapat mnyedut udara yang nyaman,melihat binaan yang lama, mengingatkan kepada kampung halaman, yang terpaksa ditinggalkan, sebagai anak watan, akanku hadiahkan secebis kejayaan untuk kampungku.

Khamis, 16 Oktober 2008

Jangan Bongkak



memandang pokok padi mngingatkan pada bait-bait puisi Masuri SN,ini nasi yang kusuap.
bukan senang proses dilalui sebelum dapat menikmati sebutir nasi,campuran dari semua, keringat,darah yang mengalir,kerahan urat nadi petani.hargailah sebaiknya. jadilah orang yang sentiasa merendah diri, ikutlah resminya padi. semakin tunduk semakin berisi.

Ahad, 12 Oktober 2008

Kali Pertama



Sesudah stpm ku bernekad
ingin mengubah nasibku
nasib keluargaku
nasib bangsaku
nasib agamaku

sering aku bermuhasabah
bimbang aku tergelincir
menyimpang dari landasan
tapi aku telah berjanji
berjanji pada diriku
tidak akan ku sia-siakan peluang yang tersergam dihadapan

pertama ku melihat ukm
aku akan mencipta masa depanku disini
yang akan merubah segalanya
insyaALLAH..

Sabtu, 11 Oktober 2008

Pengharapan



deru angin yang menyapu pantai

nyaman tak terkira

kala hati kesedihan

ia pengubat

menyinarkan kembali

memberi kesegaran

pengharapan baru

jangan sekali mengalah

hidup perlu diteruskan.

Rabu, 8 Oktober 2008

Tanggal 26/12/2004







Tanggal 26/12/2004

Ombak menggila
Melampaui had biasa
Mencecah pucuk kelapa
Bergulung-gulung mendatang
Memutar semua yang dilanggar
Menghancurkan keluarga
Memusnahkan kasih sayang
Kasih sayang yang amat diperlukan

Tsunami…..
Ombak yang mengganas
Punyai motifnya
Punyai sebab musabab
Mesti disedari
Diratapi
Diinsafi
Setiap insan

Yang mungkar mesti dihindari
Yang makruf perlu diamalkan
Peranan khalifah dibetulkan
Keganasan tidak berguna
Penindasan
Pembunuhan
Kejahatan yang menghancurkan sahsiah
Muhasabahlah wahai insani..

0109
28/09/2008
Saidisam

Ahad, 5 Oktober 2008

Ketenangan


alam semulajadi memang rapat dengan makhluk-makhluk ciptaanNya, memberikan seribu satu ketenangan yang tidak ternilai.
hargailah selagi hayat dikandung badan sebelum menghembuskan nafas-nafas yang terakhir...

Rabu, 17 September 2008

salam lebaran untuk semua








selamat hari raya aidilfitri ,
maaf zahir dan batin ,

jikalau ade terkasar bahasa terlanjur kata

kemaafan ku pinta pada semua..

jge harta benda ketika pulang ke kampung.

"kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi"

Selasa, 16 September 2008

masa



Masa

Masa itu emas
Ungkapan yang menggusarkan hati
Selalu menghambatku
Selalu mengejarku
Selalu juga dikejarku

Aku ingin mencipta masa sendiri
Masa yang menyinari hidupku
Memecahkan kantung kesuraman
Yang menjadi pembelenggu hidup

Tatkala ini
Aku kegelisahan
Menyingkap masa laluku
Cukupkah amalku kepadaNya
Inginku ke al-Jannah
Takut menghadapi api yang durjana
Yang akan merelaikan jasadku
Yang akan menghancurkan dagingku

Hanya padaMu ku bersimpuh
Mengabdikan masaku..

SAY D
16/09/2008

keesaanNya


Bila ku merenung akan sang pencipta,

terasa kerdil amat diri,

tiada kuasa

tiada daya

melainkanNya

yang maha hebat..

amar makruf nahi mungkar,

itulah sepatutnya sebagai khalifah yang berbakti..

jemari kaku


hujan turun menyapa bumi

yang ketandusan tanpa h20,

jari jemari daun yang lembut dan kaku cuba menyekat air,

bagaikan hidup yang mengharap sisa-sisa orang lain,

tidak berdiri diatas kaki sendiri.

lama mana dapat bertahan,

dalam alam yang fana ini..

Isnin, 15 September 2008

lubuk penyakit


melihat makanan memang menggodakan

tapi mesti diingat,

makanan yang sedap dan menyelerakan itu rupanya lubuk penyakit,

ubat jalan memulihkan

semuanya mesti dihindari,

mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ahad, 14 September 2008

Juadah Ramadhan


saat berbuka memang menyeronokkan

melihat juadah terhidang..

didepan mata.

jangan diikut nafsu

ingat pada yang kurang upaya..

Jumaat, 12 September 2008

bintang malam


wah!!,

indah sungguh,

cahayanya begemerlapan,

andai dapat kugapai bintang-bintang,

akan kujadikan perhiasan buatmu.

Rabu, 10 September 2008

RAMADHAN AL MUBARAK


Ramadhan menjelma lagi, apakah aku berjaya memainkan perananku?

sebagai khalifah di muka bumi. muhasabah diri sering di lakukan. agar tidak terlalai dan tergelincir

landasan sebenar.

Khamis, 4 September 2008

KE DBP


tatkala jam 6 lbh...

aku telah bangkit..

ke tempat yang begitu bermakna..

menjadi pengalaman baru..

aku memjejakkan kakiku ke situ..