Ahad, 21 Jun 2009

kerana kata


dek kerana kata-kata,
bukan semua yang tersirat didalam hati dapat dilafazkan melalui perkataan,
tidak juga melalui perbuatan,
setiap kata akan ditafsirkan berbeza oleh individu,
terkadang apa yang ditafsir tidak seerti apa yang ingin disampaikan,
apa yang baik sering menjadi buruk,
kesilapan diri selalu dicari orang yang ingin menjatuhkan,
hanya dengan kata,
diri kita boleh lemah,
boleh terkulai,
berfikirlah sebelum melafaz dan mentafsir kata-kata..

Isnin, 18 Mei 2009

BAHAYA H5N1 INFLUENZA


JANGKAAN bahawa Malaysia mungkin tidak terkena wabak Influenza A (H1N1) ternyata meleset. Wabak maut yang awalnya dikesan di Mexico pada April lalu, kini merebak ke seluruh dunia.

Bagaikan diterbangkan dari benua Amerika Utara, virus H1N1 menyilap dengan senyap di dalam tubuh dua pelajar kita yang menuntut di Amerika Syarikat.

Kepulangan empat sekawan pelajar dan hanya dua yang disahkan menghidap H1N1 menunjukkan petanda virus ini 'bijak' dan sukar dikesan dengan teknik 'pemeriksaan biasa.'

Kita dapat bayangkan betapa rumitnya untuk mengesan penumpang-penumpang pesawat MAS dan AirAsia yang dinaiki oleh dua pelajar terbabit.

Alangkah malangnya jika penumpang yang menyentuh atau mendekati dua pelajar itu turut dijangkiti virus itu.

Kita patut berasa bimbang, jika mangsa virus itu di negara ini kian bertambah, di samping itu kawalan di pintu masuk ke negara ini pula masih longgar. utusan malaysia 15 mei 2009

justeru langkah berhati-hati haruslah diambil untu mengelakkan penyakit tersebur dari terus menular.

Rabu, 22 April 2009

lama tak bersua

salam....

lama sudah ku tinggalkan laman ini,

namun kembali semua sudah...

di kesempatan ini, ingin mengucapkan semoga berjaya kepada yang menghadapi peperiksaan,

jangan dilupa doa dan tawakal kepadaNya...

Isnin, 26 Januari 2009

Tahun Baru



hari tetap berganti hari, bulan tetap berganti bulan, begitu juga tahun tetap akan berganti tahun,apakah kita bersedia dengan penggantian tersebut???
bagi suatu kaum, tahun ini merupakan tahun yang mendatangkan kebaikan yang berlainan daripada tahun yang sebelumnya. semuanya terletak di tangan sendiri untuk mencoraknya.

Rabu, 14 Januari 2009

Selamat Tahun Baru



selamat menyambut tahun baru...
pastikan tahun ini lebih baik dan sempurna dari tahun sebelum..
tingkatkan iman dan taqwa kepadaNya.