tatkala ini
jantungku berdegup kencang
terasa senak amat
tidak tertahan lagi kesakitannya
nafasku tidak tenteram.
apakah ini??
Isnin, 27 Oktober 2008
Khamis, 23 Oktober 2008
Pisang berbuah dua kali
Selasa, 21 Oktober 2008
kenalkah alat ini?
Alat ini pada masa dahulu menjadi alat untuk membuat pengemuman. tidak kira kematian, kejadian-kejadian tertentu dan majlis keraian.
sekiranya ingin tahu lebih mendalam tentang kegunaan alat ini, bolehlah kiranya saudara menonton cerita lagenda P.Ramlee.
cuba perhatikan betul-betul, apa yang terdapat pada badan alat itu??
Isnin, 20 Oktober 2008
kedamaian
Khamis, 16 Oktober 2008
Jangan Bongkak
memandang pokok padi mngingatkan pada bait-bait puisi Masuri SN,ini nasi yang kusuap.
bukan senang proses dilalui sebelum dapat menikmati sebutir nasi,campuran dari semua, keringat,darah yang mengalir,kerahan urat nadi petani.hargailah sebaiknya. jadilah orang yang sentiasa merendah diri, ikutlah resminya padi. semakin tunduk semakin berisi.
Ahad, 12 Oktober 2008
Kali Pertama

Sesudah stpm ku bernekad
ingin mengubah nasibku
nasib keluargaku
nasib bangsaku
nasib agamaku
sering aku bermuhasabah
bimbang aku tergelincir
menyimpang dari landasan
tapi aku telah berjanji
berjanji pada diriku
tidak akan ku sia-siakan peluang yang tersergam dihadapan
pertama ku melihat ukm
aku akan mencipta masa depanku disini
yang akan merubah segalanya
insyaALLAH..
Sabtu, 11 Oktober 2008
Pengharapan
Rabu, 8 Oktober 2008
Tanggal 26/12/2004

Tanggal 26/12/2004
Ombak menggila
Melampaui had biasa
Mencecah pucuk kelapa
Bergulung-gulung mendatang
Memutar semua yang dilanggar
Menghancurkan keluarga
Memusnahkan kasih sayang
Kasih sayang yang amat diperlukan
Tsunami…..
Ombak yang mengganas
Punyai motifnya
Punyai sebab musabab
Mesti disedari
Diratapi
Diinsafi
Setiap insan
Yang mungkar mesti dihindari
Yang makruf perlu diamalkan
Peranan khalifah dibetulkan
Keganasan tidak berguna
Penindasan
Pembunuhan
Kejahatan yang menghancurkan sahsiah
Muhasabahlah wahai insani..
0109
28/09/2008
Saidisam
Ahad, 5 Oktober 2008
Ketenangan
Langgan:
Catatan (Atom)


