Isnin, 18 Mei 2009

BAHAYA H5N1 INFLUENZA


JANGKAAN bahawa Malaysia mungkin tidak terkena wabak Influenza A (H1N1) ternyata meleset. Wabak maut yang awalnya dikesan di Mexico pada April lalu, kini merebak ke seluruh dunia.

Bagaikan diterbangkan dari benua Amerika Utara, virus H1N1 menyilap dengan senyap di dalam tubuh dua pelajar kita yang menuntut di Amerika Syarikat.

Kepulangan empat sekawan pelajar dan hanya dua yang disahkan menghidap H1N1 menunjukkan petanda virus ini 'bijak' dan sukar dikesan dengan teknik 'pemeriksaan biasa.'

Kita dapat bayangkan betapa rumitnya untuk mengesan penumpang-penumpang pesawat MAS dan AirAsia yang dinaiki oleh dua pelajar terbabit.

Alangkah malangnya jika penumpang yang menyentuh atau mendekati dua pelajar itu turut dijangkiti virus itu.

Kita patut berasa bimbang, jika mangsa virus itu di negara ini kian bertambah, di samping itu kawalan di pintu masuk ke negara ini pula masih longgar. utusan malaysia 15 mei 2009

justeru langkah berhati-hati haruslah diambil untu mengelakkan penyakit tersebur dari terus menular.

Tiada ulasan: